SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT DUNGUN

                  Pada awal tahun 1962, Jawatankuasa Rancangan Pembangunan Bandar telah mencadangkan sebuah sekolah baru diwujudkan di Dungun bagi mengumpulkan murid-murid yang berpotensi di sekolah rendah di Daerah Dungun.
Ekoran daripada cadangan tersebut, pada awal tahun 1963, Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun telah dibangunkan di atas tanah seluas 5,930 ekar dengan kos RM260,206 oleh Syarikat Kheng Bee Co. Ltd. Kota Bharu, Kelantan.
Sekolah bantuan penuh kerajaan ini mengandungi 2 buah bangunan tempat belajar yang mengandungi 1 buah bilik darjah dan satu bilik guru, sebuah kantin bangunan tandas dan 3 buah rumah guru dengan reka bentuk dan mutu kerja yang terbaik.
Pada 1.3.1964, sekolah ini mula beroperasi dibawah naungan Tuan Guru Besar, Encik Dol b. Hussain dengan 14 orang guru dan keramaian murid seramai 405 orang. Kebanyakan murid-murid ini datang dari sekolah-sekolah sekitar terutama dari SK Perempuan Dungun, SK Pulau Serai, SK Seberang dan SK Sura.
Murid-murid ini dipilih berdasarkan peperiksaan khas dan ditempatkan di tahun 4, 5 dan 6. Sejak dibuka bilangan murid terus bertambah kerana prestasinya yang baik dalam bidang pelajaran. Pada tahun 1965, 5 orang murid tahun 6 telah berjaya masuk ke sekolah berasrama penuh dan 6 orang daripadanya telah berjaya ke SK Tun Fatimah. Ini merupakan prestasi terbaik Daerah Dungun.
Pada 27.9.1965 Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun telahdirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Mohd Khir Johari (Menteri Pendidikan) pada masa itu. Tahun 1966 sekolah ini mula dibuka kepada murid-mruid tahun 1,2 dan 3. Bilangan murid semakin ramai iaitu 682 orang lalu sekolah initelah dijadikan sekolah 2 sesi. Sehubungan dengan itu juga, pada tahun 1975 bangunan tambahan yang terdiri 2 buah bangunan 2 tingkat dan mengandungi 7 kelas telah dibina untuk menampung kepesatan pertambahan muird-muridnya. Ekoran daripada itu, SK Pusat Dungun telah dinaikkan taraf menjadi sekolah Gred A.
Melalui projek sekolah satu sesi 2002 SKPD telah mendapat sebuah bangunan setinggi 4 tingkat bagi menampung murid-murid yang hampir mencecah 1000 orang dan pada tahun 2004, sebuah makmal komputer 2 tingkat telah dibina di atas tapak tandas lama dan mula beroperasi pada tahun 2005 yang bakal menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah bidang ICT sebagai persediaan ke arah pengajaran & pembelajaran bestari.
Dari masa ke semasa SKPD terus maju dan seterusnya berusaha untuk meletakkan diri setanding dengan sekolah-sekolah premier dan elit yang lain sama ada di bidang akademik dan kokurikulum. Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan dan kerjasama semua warga sekolah SKPD, usaha ini makin menyerlah hasilnya dan setiap tahun mulai 2000 SKPD menerima anugerah UPSR dperingkat daerah.
Semoga SKPD terus membangun dan melahirkan guru dan murid yang cemerlang dan gemilang dalam pendidikan.Selari dengan visinya untuk menjadi pusat yang bakal
melahirkan murid yang berdaya saing, berterampilan, cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah selari dengan matlamat sekolah rendah dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


SENARAI PENGURUSAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT DUNGUN

GURU BESAR

Bil
Nama Guru Besar
Tahun Berkhidmat
1
En. Dol b Hussain
1964 – 1956
2
En. Wan Hussin b Ngah
1966 – 1983
3
En. Yusuf b Salleh
1986 – 1987
4
En. Mustaffa b Muda
1987 – 1992
5
Tn. Haji Hamzah b Salleh
1992 – 2000
6
Pn. Hjh. C. Ku Hasnah bt C. W. Abdullah
Feb 2000 – Mac 2006
7
Tn. Haji Alias b Ahmad
16.03.2006 – 31.12.2008
8
En. Wan Jusoh b Wan Kadir
1.1.2009 – 23.8.2012
9
En. Zubir b Harun
16.9.2012 - sekarang

PENOLONG KANAN KURIKULUM

Bil
Nama Penolong Kanan 1
Tahun
1
En. Rawi b Long
1.1.1965 – 31.12.1970
2
En. Abd Malik b Muhammad
1.1.1971 – 28.8.1982
3
En. Jamunid b Masri
28.8.192 – 1.9.1985
4
En. Yusof b Awang
1.9.1985 – 1.10.1987
5
En. Wan Abd Aziz b Embong
1.10.1987 – 1.1.1989
6
En. Alias b Omar
1.1.1989 – 7.2.1993
7
Pn. Sharifah Nuraini bt Syed A. Rahman
7.2.1993 – 1.11.1996
8
En. Jamaluddin b Saruji
1.11.1996 – 30.4.1997
9
En. Md Radai b Omar
30.4.1997 – 15.2.1998
10
Pn. Mazidah bt Amiruddin
1.1.2000 – 1.5.2001
11
Pn. Fatimah bt Said
25.1.2001 – 16.11.2003
12
En. Che Ghani b Yusof
1.7.2004 – Sekarang

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Bil
Nama Penolong Kanan HEM
Tahun
1
En. Muhamad b Abdullah
11.4.1991 – 7.2.1993
2
Pn. Sharifah Nuraini bt Syed Abd Rahman
7.2.1993 – 2.1.1995
3
Pn. Ramlah bt Hussein
2.1.1995 – 15.2.1998
4
Pn. Sharifah bt Ngah
1.5.1998 – 8.6.2000
5
Pn. Hjh Melah bt Tahar
16.2.2001 – 1.7.2002
6
Pn. Wan Fatimah Zaharah bt Wan Muda
15.7.2002 – 15.3.2012
7
Pn.Hajah Zaini bt Idris
1.4.2012 - Sekarang

PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

Bil
Nama Penolong KOKO
Tahun
1
En. Abdullah b Jusoh
1.10.1987 – 22.2.1985
2
Pn. Mazidah bt Amiruddin
16.12.1995 – 1.1.2000
3
En. Mohd Jaafar b Che Muda
1.1.2000 – 16.1.2001
4
En. Mohamad b Omar
1.7.2001 – 1.7.2002
5
Tn. Haji Mamat b Abu Bakar
16.7.2002 – 22.10.2010
6
En. Mohd Azemi b Ghazali
1.11.2010 – 1.12.2012
7
En.Azha b Jusoh
4.12.2012 - Sekarang




LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

GURU BESAR

GURU BESAR
EN. AZHAR BIN MUDA

PK Pentadbiran

PK Pentadbiran
CHE WAN AZMAN B. CHE WAN AB. HAMID

PK HEM

PK HEM
EN. SAUPI BIN SULONG

PK KO

PK KO
EN. AZMI BIN ABD RAZAK

Unordered List

Sample Text

Powered by Blogger.

Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Featured Posts

Kunjungan anda amat dihargai

Recent

Comment

Subscribe Here

Pengikut

Social Icons

Tenaga Pengajar SKPD 2016

Flickr

Facebook


UPSR 2019 IS COMING....

Recent Posts

Popular Posts

Blog Archive