Monday, October 8, 2018

Aktiviti  Majlis Sambutan Maal Hijrah Dan Bubur Asyura 2018
Tarikh   : 8/10/2018 (Selasa)
Masa      : 8.00 ~ 1.00 ptg

Tempat : Dewan Ibnu Sina 


Catatan :

Satu Majlis Sambutan Maal Hijrah Dan Bubur Asyura 2018 peringkat sekolah telah diadakan pada 8/10/2018. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan PIBG Sk. Pusat Dungun. Ini merupakan acara tahunan SKPD. 
       
Pelbagai akitiviti diadakan sempena program ini seperti di bawah:
       1. Bacaan Yaasin
       2. Tazkirah dan Muhasabah oleh En. Kamalul Zaman bin Lokman
           (Pegawai Psikologi Dan Kerjaya KV Dungun) untuk tahun 3, 4, 5 dan 6.
       3. Pertandingan mewarna untuk tahun 1 dan 2
       4. Tayangan Video
       5. Agihan bubur asyura 







Semoga segala program yang telah dilaksana bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan juga amalan harian malahan dapat mengeratkan lagi hubungan komuniti sekolah dengan AJK PIBG dan juga guru KAFA.

Segala  kerjasama yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih dan segala kekurangan mohon kemaafan.

Thursday, September 20, 2018

Aktiviti  :  Solat Hajat Perdana Sempena UPSR 2018
Tarikh   : 20/09/2018 (Khamis)
Masa      : 7.00 ~ 9.45 malam

Tempat : Surau Al-Hidayah, SK. Pusat Dungun


Catatan :

Satu Solat Hajat Perdana Sempena UPSR 2018 telah diadakan di Surau Al-Hidayah, SK. Pusat Dungun. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memohon kepada Allah semoga semua calon UPSR yang akan menduduki Peperiksaan UPSR 2018 dapat menjawab semua soalan dengan tenang, sabar dan mengikut kehendak soalan. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Unit UPSR, dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling.
           Sedikit gambaran sepanjang program berjalan.





Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program dan  menghadiri Solat Hajat Perdana terutama ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak sepanjang program ni.

           

Tuesday, September 18, 2018

Aktiviti  Majlis Persaraan Dan Pertukaran Guru SKPD 2018
Tarikh   : 18/09/2018 (Selasa)
Masa      : 9.00 ~ 11.00 pg & 2.30 - 5.00 ptg

Tempat : Dewan Ibnu Sina dan UITM Dungun


Catatan :

Majlis Persaraan dan Pertukaaran guru telah diadakan bertujuan untuk mengenang jasa guru-guru yang akan bersara dan telah bertukar ke sekolah lain.

Guru yang akan bersara: En, Che Ghani bin Yusoff (Pen. Kanan Pentadbiran
Guru yang bertukar: 1. En. Suhardi b. Mahayuddin bertukar ke SK. Kuala Abang
                                  2. Cik. Nurul Syuhada  bertukar Sk.







Di harap guru akan bersara tidak lupakan kami di sini dan guru-guru yang telah bertukar akan terus cemerlang di sekolah baru.

Monday, July 30, 2018

Aktiviti  : Lawatan Pengarah JPNT Ke SK. Pusat Dungun
Tarikh     : 30/07/2017 (Isnin )
Masa      :  8.00 ~ 12.30 tgh

Tempat : Dewan Ibnu Sina


Catatan :

Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu,  Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin telah melawat SK Pusat Dungun pada 30/07/2018. Kedatangan beliau ini adalah lawatan kali pertama pada tahun 2018. Beliau telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama dengan Murid Pra Sekolah di Kelas Mawar untuk melihat proses PdPc. Selepas itu, beliau turut memberikan sedikit kata-kata semangat dan motivasi kepada murid Tahun 6 yang akan menghadapi Ujian Pencapain Sekolah Rendah (UPSR) 2018.
         Para guru juga mengambil peluang untuk bergambar bersama-sama beliau. Sedikit tatapan gambar yang sempat diambil sepanjang beliau berada di SK Pusat.








Terima kasih diucapkan kepada tuan pengarah kerana sudi melawat sekolah kami. Segala kekurangan harap dimaafkan dan semoga ikatan silaturrahim akan berkekalan selamanya.



Friday, July 6, 2018

Aktiviti  : 7
Tarikh     :  06/07/2018 (Khamis )
Masa      :  8.00 ~ 12.30 tgh

Tempat : Dewan Ibnu Sina


Catatan :

Sambutan Hari raya perimogangkat sekolah telah diadakan serentak di semua sekolah di seluruh Dungun. Ia disambut dengan penuh kegembiraan di kalangan warga sekolah dan juga dif-dif jemputan yang hadir yang terdiri daripada bekas-bekas guru SKPD, PIBG dan pegawai PPD





Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis Hari Raya di sekolah kami. Segala kekurangan harap di maafkan dan semoga ikatan silaturrahim akan berkekalan selamanya.


Pencapaian :

Program telah berjalan dengan lancar  dan murid-murid memberikan kerjasama sepanjang program berjalan

LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

GURU BESAR

GURU BESAR
EN. AZHAR BIN MUDA

PK Pentadbiran

PK Pentadbiran
CHE WAN AZMAN B. CHE WAN AB. HAMID

PK HEM

PK HEM
EN. SAUPI BIN SULONG

PK KO

PK KO
EN. AZMI BIN ABD RAZAK

Unordered List

Sample Text

Powered by Blogger.

Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Featured Posts

Kunjungan anda amat dihargai

Recent

Comment

Subscribe Here

Pengikut

Social Icons

Tenaga Pengajar SKPD 2016

Flickr

Facebook


UPSR 2019 IS COMING....

Recent Posts

Popular Posts

Blog Archive