Monday, October 8, 2018

Aktiviti  Majlis Sambutan Maal Hijrah Dan Bubur Asyura 2018
Tarikh   : 8/10/2018 (Selasa)
Masa      : 8.00 ~ 1.00 ptg

Tempat : Dewan Ibnu Sina 


Catatan :

Satu Majlis Sambutan Maal Hijrah Dan Bubur Asyura 2018 peringkat sekolah telah diadakan pada 8/10/2018. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan PIBG Sk. Pusat Dungun. Ini merupakan acara tahunan SKPD. 
       
Pelbagai akitiviti diadakan sempena program ini seperti di bawah:
       1. Bacaan Yaasin
       2. Tazkirah dan Muhasabah oleh En. Kamalul Zaman bin Lokman
           (Pegawai Psikologi Dan Kerjaya KV Dungun) untuk tahun 3, 4, 5 dan 6.
       3. Pertandingan mewarna untuk tahun 1 dan 2
       4. Tayangan Video
       5. Agihan bubur asyura 







Semoga segala program yang telah dilaksana bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan juga amalan harian malahan dapat mengeratkan lagi hubungan komuniti sekolah dengan AJK PIBG dan juga guru KAFA.

Segala  kerjasama yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih dan segala kekurangan mohon kemaafan.

Thursday, September 20, 2018

Aktiviti  :  Solat Hajat Perdana Sempena UPSR 2018
Tarikh   : 20/09/2018 (Khamis)
Masa      : 7.00 ~ 9.45 malam

Tempat : Surau Al-Hidayah, SK. Pusat Dungun


Catatan :

Satu Solat Hajat Perdana Sempena UPSR 2018 telah diadakan di Surau Al-Hidayah, SK. Pusat Dungun. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memohon kepada Allah semoga semua calon UPSR yang akan menduduki Peperiksaan UPSR 2018 dapat menjawab semua soalan dengan tenang, sabar dan mengikut kehendak soalan. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Unit UPSR, dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling.
           Sedikit gambaran sepanjang program berjalan.





Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program dan  menghadiri Solat Hajat Perdana terutama ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak sepanjang program ni.

           

Tuesday, September 18, 2018

Aktiviti  Majlis Persaraan Dan Pertukaran Guru SKPD 2018
Tarikh   : 18/09/2018 (Selasa)
Masa      : 9.00 ~ 11.00 pg & 2.30 - 5.00 ptg

Tempat : Dewan Ibnu Sina dan UITM Dungun


Catatan :

Majlis Persaraan dan Pertukaaran guru telah diadakan bertujuan untuk mengenang jasa guru-guru yang akan bersara dan telah bertukar ke sekolah lain.

Guru yang akan bersara: En, Che Ghani bin Yusoff (Pen. Kanan Pentadbiran
Guru yang bertukar: 1. En. Suhardi b. Mahayuddin bertukar ke SK. Kuala Abang
                                  2. Cik. Nurul Syuhada  bertukar Sk.







Di harap guru akan bersara tidak lupakan kami di sini dan guru-guru yang telah bertukar akan terus cemerlang di sekolah baru.

Monday, July 30, 2018

Aktiviti  : Lawatan Pengarah JPNT Ke SK. Pusat Dungun
Tarikh     : 30/07/2017 (Isnin )
Masa      :  8.00 ~ 12.30 tgh

Tempat : Dewan Ibnu Sina


Catatan :

Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu,  Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin telah melawat SK Pusat Dungun pada 30/07/2018. Kedatangan beliau ini adalah lawatan kali pertama pada tahun 2018. Beliau telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama dengan Murid Pra Sekolah di Kelas Mawar untuk melihat proses PdPc. Selepas itu, beliau turut memberikan sedikit kata-kata semangat dan motivasi kepada murid Tahun 6 yang akan menghadapi Ujian Pencapain Sekolah Rendah (UPSR) 2018.
         Para guru juga mengambil peluang untuk bergambar bersama-sama beliau. Sedikit tatapan gambar yang sempat diambil sepanjang beliau berada di SK Pusat.








Terima kasih diucapkan kepada tuan pengarah kerana sudi melawat sekolah kami. Segala kekurangan harap dimaafkan dan semoga ikatan silaturrahim akan berkekalan selamanya.



Friday, July 6, 2018

Aktiviti  : 7
Tarikh     :  06/07/2018 (Khamis )
Masa      :  8.00 ~ 12.30 tgh

Tempat : Dewan Ibnu Sina


Catatan :

Sambutan Hari raya perimogangkat sekolah telah diadakan serentak di semua sekolah di seluruh Dungun. Ia disambut dengan penuh kegembiraan di kalangan warga sekolah dan juga dif-dif jemputan yang hadir yang terdiri daripada bekas-bekas guru SKPD, PIBG dan pegawai PPD





Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis Hari Raya di sekolah kami. Segala kekurangan harap di maafkan dan semoga ikatan silaturrahim akan berkekalan selamanya.


Pencapaian :

Program telah berjalan dengan lancar  dan murid-murid memberikan kerjasama sepanjang program berjalan

Thursday, July 5, 2018

Program/Aktiviti  : Temu Murni Dan Majlis Perasmian Mercu Tanda SK. Pusat Dungun 2018 -SKPD JUARA
Tarikh   : 05/07/2017 (Khamis)
Masa      : 9.00 ~ 11.00 pg

Tempat : Mercu Tanda  SKPD JUARA (SEPSTAR), SK Pusat Dungun


Catatan :

Satu perasmian Perasmian Mercu Tanda SK. Pusat Dungun 2018 telah disempurnakan oleh Pengawai Pendidikan Daerah Dungun iaitu En. Haji Abdul Muie Bin Ngah. Mercu tanda adalah satu inovasi dan dibina hasil kerjasama warga SKPD yang telah bertungkus lumus menyiapkannya sejak sebulan yang lalu. Moto yang digunakan adalah SKPD JUARA -SEPSTAR adalah bersesuai dengan SKPD yang telah berjaya melahirkan ramai murid-murid yang berjaya dalam pelbagai kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat kebangsan.









Pencapaian :

Di harap semoga dengan perasmian Mercu tanda akan menjadikan SKPD semakin cemerlang dalam melahirkan ramai lagi murid berpotensi dalam pelbagai kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat kebangsan.

Thursday, June 7, 2018

Program/Aktiviti  : Program Panitia Agama 5 Dalam 1
1. Penutup Ihya'Ramadan
2. Ceramah Nuzul Quran
3. Khatam Quran
4. Quran Hour
5. Sumbangan Hari Raya

Tarikh   : 07/06/2018 (Khamis)
Masa      : 8.00 ~ 12.45 tgh

Tempat : Dewan Ibnu Sina


Catatan :

Panitia Agama SK Pusat telah mengadakan Program 5 Dalam 1 pada akhir persekolahan penggal 1. Progran tersebut adalah
1. Penutup Ihya'Ramadan
2. Ceramah Nuzul Quran oleh Al-Fadhi Ustaz Wan Mohd Khairul AnuarB. Wan Yusof
3. Khatam Quran
4. Quran Hour
5. Sumbangan Hari Raya

Program ini memberi pendedahan ilmu agama kepada seluruh warga sekolah. Program ini melahirkan generasi yang cemerlang darisegi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sahsiah (JERIS) pada masa hadapan. Oleh itu, amatwajar diadakan program ini di sekolah bagi memenuhi slogan kerajaan Malaysia“Melahirkan Modal Insan Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang”.








Semua program yang dirancang berjalan dengan lancar.Murid-murid juga memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berjalan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah hadir dan menjayakan semua program yang telah rancangan dengan jayanya ini. Segala kekurangan harap dimaafkan.

Wednesday, May 16, 2018

Aktiviti  : Program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2018
Tarikh   : 16 MEI 2018 (Rabu)
Masa      : 8.00 pg - 1.00 ptg

Tempat : Sek. Pusat Dungun, 23000 Dungun, Terengganu


Catatan :

SELAMAT HARI GURU 2018 | GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN
TARIKH SAMBUTAN | 16 MEI 2018
Perayaan hari guru telah disambut dengan meriahnya oleh warga guru SKPD. Pada tahun ini, pihaks sekolah telah menggunakan tema songket yang perlu digayakan oleh para guru.
     Majlis bermula dengan semua guru berada di atas pentas dan mendengan bacaan perutusan Hari guru oleh para pentadbir sekolah. Kemudian, menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan juga ikrar sebagai seorang guru yang diketuai oleh Guru Besar, Puan Hajjah Zaiton bt. Md Yusof.

Aktiviti permainan untuk guru bermula pada jam 10.00 pagi dengan perlawanan  sukaneka yang turut disertai oleh pentadbir dan kaki tangan sekolah.






Terima kasih kepada ahli jawatankuasa Kelab Guru Dan Kaki Tangan Sekolah yang berjaya menganjurkan majlis ini. Terima kasih atas kesudian ahli jawatankuasa PIBG yang hadir. Terima kasih kepada semua murid dan ibu ayah yang telah memberi ucapan dan hadiah. Semuanya amat bermakna buat kami.Doakan kebaikan buat kami supaya terus kuat dan bersemangat menjalankan amanah yang diberi.Amanah yang diberi, tak akan dipersiakan!

Monday, May 7, 2018

Aktiviti  : Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Dungun 2018
Tarikh   : 07/05/2017 (Isnin)
Masa      : 7.45 ~ 2.15 ptg

Tempat : SMK. Pulau Serai, Dungun, Terengganu


Catatan :

Satu Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Dungun 2018 telah diadakan di SMK Pulau Serai yang telah disertai oleh semua sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Dungun. SK Pusat juga telah menghantar seorang peserta iaitu Nur Thaqifah Bt. Rosli. Beliau telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mara ke peringkat akhir dan mendapat tempat ke-4 peringkat daerah. Tahniah diucapkan kepada beliau.



Pencapaian :


Ko-Akademik Peringkat Daerah Dungun
Sahibba: Tempat ke-4




Di harap semoga dengan pencapaian yang membangakan ini dapat menyuntik semangat murid lain untuk mengikut jejak beliau dan lebih  berjaya ke peringkat yang tinggi.

Thursday, May 3, 2018

Aktiviti  : Pertandingan Bola Tampar Peringkat Zon Rantau Abang 2018
Tarikh     : 2-3/05/2018 (Rabu dan Khamis)
Masa      : 2.30 ~ 5.00 ptg

Tempat : SK. PUSAT DUNGUN


Catatan :

Satu Pertandingan Bola Tampar Peringkat Zon Rantau Abang 2018 telah diadakan di SK Pusat Dungun sebagai tuan rumah yang disertai oleh 4 buah sekolah iaitu SK Pusat Dungun, SK. Kampung Baru Kuala Abang, SK. Tok Kah dan SK Padang Pulut. Pertandingan ini dijalankan secara round robin.










Pencapaian :

Bola Tampar lelaki: Johan
Bola tampar perempuan: Tempat ke-3 bersama


Di harap semoga pasukan hoki akan terus mencapai kejayaan apabila mewakili Zon Rantau Abang ke Peringkat Daerah nanti.

Monday, April 30, 2018

Aktiviti  : Pertandingan Hoki Peringkat Zon Rantau Abang 2018
Tarikh   : 29-30/04/2018 (Ahad dan Isnin)
Masa      : 2.30 ~ 5.00 ptg

Tempat : SK Komplek Rantau Abang 


Catatan :

Satu Pertandingan Hoki Peringkat Zon Rantau Abang 2018 telah diadakan di SK Komplek Rantau Abang yang disertai oleh 3 buah sekolah iaitu SK Pusat Dungun, SK. Tok Kah dan SK Komplek Rantau Abang. Pertandingan ini dijalankan secara round robin dan perlawanan akhir.






Pencapaian :

Hoki lelaki: Johan
Hoki perempuan: Naib johan


Di harap semoga pasukan hoki akan terus mencapai kejayaan apabila mewakili Zon Rantau Abang ke Peringkat Daerah nanti.

Thursday, January 18, 2018

Aktiviti  :  Minggu Orientasi Tahun 1 2018
Tarikh   : 1 ~ 18/07/2017 (setiap hari)
Masa      : 7.45 ~ 01.15 ptg

Tempat : Dewan Ibnu Sina Dan Persekitaran Sekolah


Catatan : Gelagat guru dan murid sepanjang Minggu Orientasi Tahun 1 2018







Terima kasih kepada semua guru dan pihak lain yang terlibat dalam menjayakan program Minggu Orientasi Tahun 1 2018.

LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

GURU BESAR

GURU BESAR
EN. AZHAR BIN MUDA

PK Pentadbiran

PK Pentadbiran
CHE WAN AZMAN B. CHE WAN AB. HAMID

PK HEM

PK HEM
EN. SAUPI BIN SULONG

PK KO

PK KO
EN. AZMI BIN ABD RAZAK

Unordered List

Sample Text

Powered by Blogger.

Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Featured Posts

Kunjungan anda amat dihargai

Recent

Comment

Subscribe Here

Pengikut

Social Icons

Tenaga Pengajar SKPD 2016

Flickr

Facebook


UPSR 2019 IS COMING....

Recent Posts

Popular Posts

Blog Archive