Saturday, February 25, 2017

Aktiviti  : Pelancaran Program VLE, NILAM, MBMMBI dan TVPSS Peringkat Sekolah 2017
Tarikh   :  25 Februari 2017
Masa      : 8.00 pg

Tempat : Dewan Ibnu Sina SK Pusat Dungun
Catatan :

Pelancaran Program VLE, NILAM, MBMMBI dan TVPSS Peringkat Sekolah 2017 telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Guru Besar SK. Pusat Dungun, Pn. Rabiah bt. Ismail. Program ini bertujuan untuk mendedahkan dan menarik minat murid kepada program-program yang berkaitan yang akan dilaksanakan nanti. 


Majlis dimulakan dengan tayangan video pendek tentang VLE disusuli dengan ucapan perasmian daripada Yang Berusaha Puan Guru Besar, Pn. Rabiah  bt. Ismail. Acara kemuncak ialah gimik pelancaran Program NILAM iaitu acara memecahkan ais untuk mendapatkan buku NILAM. Majlis kemudiannya diserikan lagi dengan penyampaian cerita oleh murid Tahun 5 Ros iaitu Ainana Hanana.

Serentak dengan itu juga satu prorgam iaitu " Minggu Biro Perkaya 2017 SK Pusat Dungun" juga dilancarkan bagi mengutip derma bagi membantu anak-anak yatim PERKAYA. Perutusan telah dibaca oleh Penolong Kanan HEM iaitu Pn. Surial bt. Ismail. Serentak dengan itu, kutipan derma bermula dengan rasminya.

Pencapaian :

Program telah berjalan dengan lancar  dan murid-murid memberikan kerjasama sepanjang pelancaran program berjalan


Terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus lumus dalam menyediakan bahan dan gimik yang menarik.





Thursday, February 16, 2017

Aktiviti  : Perjumpan Guru Dan Ibu Bapa Tahun, Penetapan Target UPSR Dan Motivasi  Ibu bapa Calon UPSR                    Tahun  2017
Tarikh   :  16 Februari 2017 (Khamis)
Masa     :  9.45 pg


Tempat : Dewan Ibnu Sina SK. Pusat
Catatan :

Satu perjumpaan ibu bapa dan guru tahun 6 telah diadakan untuk mendapatkan untuk mendapatkan buah fikiran dan berbincang bagi meningkatkan lagi prestasi UPSR 2017. Selain itu juga, di dalam majlis ini juga diumumkan penetapan target UPSR 2017 di mana 6 orang murid terpilih sebagai murid target untuk mendapat 6 A dalam peperiksaan UPSR akan datang iaitu

1. Ahmad Lutfi b. Lukman
2. Muhammad b. Ahmad Bustaman
3. Nur Aisyah Aqilah bt. Mohd Nazri
4.Fatiha Nur Subhana bt. Kamarudin
5.Nur Jannah bt. Ahmad Zailani


Walaupun hanya orang sebagai sasaran utama tetapi murid lain juga berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang nanti. Semoga dengan penetapan target ini akan menjadi penanda aras dan batu lonjakan bagi murid-muird lainSK Pusat Dungun mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan datang. 









Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat, Semoga kerja buat guru akan mendapat keberkatan dan memperoleh keputusan luar jangka nanti.....

Tuesday, February 7, 2017

Aktiviti : Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Dungun
Tarikh :  & 8 Februari 2017


Tempat : Dewan MSN Taman Rakyat
Catatan :

Pasukan Badminton SK Pusat mewakili Zon Rantau Abang ke Kejohanan Badminton Peringkat Daerah. Cabaran ini telah digalas oleh 2 orang murid bagi kategori Bergu 


Pencapaian :

Tempat ke Tiga bersama Beregu Lelaki


1. MOHAMAD IZZAT BIN MOHD ZU
2MOHAMAD DANIAL HAZIQ BIN MOHAMAD SUKRI

Terima kasih buat barisan jurulatih, Tahniah kepada semua pemain dan syabas untuk pemenang.



Aktiviti : Kejohanan Badminton Zon Rantau Abang
Tarikh : 23 & 24 Januari 2017


Tempat : SMK Pulau Serai
Catatan :

Pasukan Badminton SK Pusat menyertai Kejohanan Badminton peringkat Zon Rantau Abang. Cabaran ini telah digalas oleh 8 orang murid di mana mengikut kategori (2 perseorangan, 1 beregu) lelaki dan perempuan.


Pencapaian :
Johan Beregu Lelaki


1. MOHAMAD IZZAT BIN MOHD ZU
2. MOHAMAD DANIAL HAZIQ BIN MOHAMAD SUKRI

Terima kasih buat barisan jurulatih, Tahniah kepada semua pemain dan syabas untuk pemenang.




Sunday, February 5, 2017

Aktiviti : Program Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah 2017
Tarikh :  5 Februari 2017


Tempat : Dewan Ibnu Sina, SKPD


Catatan :

Program Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah 2017 telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Guru Besar SKPD, Pn. Rabiah Bt. Ismail  bertujuan untuk menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah. Program ini juga telah dihadiri oleh Pegawai  Perhubungan Sekolah, Sarjan Mohd Noh b. Miskin. 
Guru dan murid berkumpul di dewan Iltizam pada pukul 7.45pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis.Kemudian majlis diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. seterusnya bacaan doa daripada Ustaz Ismazi b. Ismail. Selesai bacaan doa, bacaan Ikrar dibacakan oleh Ketua Murid SK.Pusat Dungun, adik  Muhammad bin Ahmad Bustaman. 
Majlis diteruskan dengan pembacaanPerutusan daripada Ketua Polis Negara, Polis Di Raja Malaysia oleh Pengawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Mohd Noh b. Susoh. Acara kemuncak program apabila  Yang Berusaha Tuan Guru Besar,  Pn. Rabiah Bt. Ismailmembacakan Perutusan daripada Ketua PengarahPendidikan Malaysia, KementerianPendidikan Malaysia dan seterusnya merasmikan Pelancaran  Program Jom Ke Sekolah dan Perasmian Peti Aduan Murid. 






    



Pencapaian :

Terima kasih buat semua guru dan murid yang menjayakan program tersebut.

LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

GURU BESAR

GURU BESAR
EN. AZHAR BIN MUDA

PK Pentadbiran

PK Pentadbiran
CHE WAN AZMAN B. CHE WAN AB. HAMID

PK HEM

PK HEM
EN. SAUPI BIN SULONG

PK KO

PK KO
EN. AZMI BIN ABD RAZAK

Unordered List

Sample Text

Powered by Blogger.

Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Featured Posts

Kunjungan anda amat dihargai

Recent

Comment

Subscribe Here

Pengikut

Social Icons

Tenaga Pengajar SKPD 2016

Flickr

Facebook


UPSR 2019 IS COMING....

Recent Posts

Popular Posts

Blog Archive